
Air sekiranya dibiarkan bertakung pasti akan kotor dan berkeladak...betul?. Begitu juga seorang pemuda, jika tidak disibukkan dengan sesuatu perkara dia akan mencari sesuatu yang dapat menghilangkan rasa bosan. Antara pelajar yang akan menduduki SPM dan pelajar yang telah menduduki SPM... mana lagi sibuk?....sudah pasti mereka yang akan menduduki SPM kerana itu adalah peperiksaan besar. Disitu kita dapat lihat, suatu agenda mampu membentuk gerak kerja dan tindakan. Kita ambil contoh vacum cleaner....kalau tidak menyedut habuk pasti ia akan menyedut udara, kalau hati tidak diisi dengan iman syaitan akan ambil alih. Sebagai kesimpulan, mengalirlah dimana sahaja kita ingin mengalir... janga biarkan aliran kita terhalang dan seterusnya kita terus bertakung....gunakan sebaiknya waktu muda ini pada jalan yang sepatutnya.
teruskan mengalir....wahai pemuda, kerana aliran kita lebih deras sebelum ia mendekati laut....
No comments:
Post a Comment